Wednesday, March 13, 2013

Keajaiban Pekula : Radio Internet


Tidak lama lagi SMK Pekula Jaya akan riuh dengan celoteh para DJ dan informasi terkini dan boleh la belajar sambil santai....kerana kita sudah memulakan operasi Pekula.FM melalui radio internet. 

Apa itu radio Internet ?.... 

Radio Internet merupakan perkhidmatan siaran isyarat audio yang dipancarkan melalui Internet. Muzik aliran melalui Internet lazimnya dirujuk sebagai "siaran web" memandangkan tiada isyarat gelombang radio tanpa wayar digunakan.
Radio Internet melibatkan media aliran bagi menyiarkan aliran audio berterusan yang tidak boleh dihentikan sementara atau dimain balik sebagaimana media penyiaran tradisional. Kebanyakan perkhidmatan radio Internet ada kaitan dengan rangkaian stesen radio tradisional. Stesen radio Internet sahaja pula terkecuali daripada kaitan tersebut.
Perkhidmatan radio Internet boleh dicapai di mana-mana sahaja di dunia - contohnya, melalui teknologi radio Internet, pendengar dari Jepun boleh mendengar siaran Melaka FM yang secara tradisionalnya hanya dapat diterima di kawasan negeri Melaka, utara Johor dan selatan Negeri Sembilan jika menggunakan isyarat gelombang radio biasa. Perkhidmatan radio Internet menawarkan rancangan berita, sukan, wawancara serta permintaan lagu sebagaimana stesen radio tradisional.



Peralatan Radio internet masa kini


Manfaatkan semua Keajaiban Pekula bermula Tahun 2013 ni...Enjoy...!!


aisyahmdtahir

No comments:

Post a Comment