Friday, March 22, 2013

Makanan dan Minuman Termahal di dunia!!

Saffron ialah sejenis rempah yang diekstrak dari bunga saffron crocus, sejenis spesis crocus dari famili Iridadeae yang berasal dari Asia Barat. Bunga Saffron mempunyai 3 stigma. Untuk mengahsilkan rempah saffron, stigma ini perlu dikeringkan. Lazimnya ia digunakan dalam masakan sebagai agen penambah rasa ataupun pewarna. Saffron adalah rempah termahal di dunia. Untuk mendapatkan 0.45 kg saffron, 50,000 hingga 75,000 kumtum bunga diperlukan. Memandangkan penghasilannya memerlukan kuantiti binga, tenaga dan kos yang banyak, tidak hairanlah harga rempah ini boleh mencecah RM 3, 500 ke RM 35,000 sekilogram.

sumber dari : http://kelanafana.blogspot.com/2010/07/makanan-dan-minuman-termahal.html

aisyahmdtahir

Wednesday, March 13, 2013

Keajaiban Pekula : Radio Internet


Tidak lama lagi SMK Pekula Jaya akan riuh dengan celoteh para DJ dan informasi terkini dan boleh la belajar sambil santai....kerana kita sudah memulakan operasi Pekula.FM melalui radio internet. 

Apa itu radio Internet ?.... 

Radio Internet merupakan perkhidmatan siaran isyarat audio yang dipancarkan melalui Internet. Muzik aliran melalui Internet lazimnya dirujuk sebagai "siaran web" memandangkan tiada isyarat gelombang radio tanpa wayar digunakan.
Radio Internet melibatkan media aliran bagi menyiarkan aliran audio berterusan yang tidak boleh dihentikan sementara atau dimain balik sebagaimana media penyiaran tradisional. Kebanyakan perkhidmatan radio Internet ada kaitan dengan rangkaian stesen radio tradisional. Stesen radio Internet sahaja pula terkecuali daripada kaitan tersebut.
Perkhidmatan radio Internet boleh dicapai di mana-mana sahaja di dunia - contohnya, melalui teknologi radio Internet, pendengar dari Jepun boleh mendengar siaran Melaka FM yang secara tradisionalnya hanya dapat diterima di kawasan negeri Melaka, utara Johor dan selatan Negeri Sembilan jika menggunakan isyarat gelombang radio biasa. Perkhidmatan radio Internet menawarkan rancangan berita, sukan, wawancara serta permintaan lagu sebagaimana stesen radio tradisional.



Peralatan Radio internet masa kini


Manfaatkan semua Keajaiban Pekula bermula Tahun 2013 ni...Enjoy...!!


aisyahmdtahir

Thursday, February 28, 2013

Takwim peperiksaan 2013


TAKWIM PEPERIKSAAN 2013

PrintPDF
 PEPERIKSAANTARIKH
Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan)
(SPMU)
Bertulis
 11 - 12 Jun 2013
(Selasa - Rabu)
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR)
Bertulis 
10 - 12 September 2013
(Selasa - Khamis)
Penilaiaan Menengah Rendah
(PMR)
Bertulis 
2 - 3 Oktober 2013
(Rabu - Khamis)
7 - 9 Oktober 2013
(Isnin - Rabu)
Sijil Tinggi Agama Malaysia
(STAM)
Lisan
8 - 19 Julai 2013
(Isnin - Khamis)
Bertulis
21 - 23 Oktober 2013
 (Isnin - Rabu)
28 - 29 Oktober 2013
(Isnin - Selasa)
Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM)
Bertulis 
6 - 29 November 2013
2 - 5  Disember 2013
 Pentaksiran Kolej Vokasional (KV)
29 - 30 April 2013
2 - 17 Mei 2013 
 Pentaksiran Kolej Vokasional (KV)
7 - 25 Oktober 2013 
 Pentaksiran Pusat Pendidikan Asas Vokasional (PAV)
21 - 23 oktober 2013 
 *Tarikh-tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan
Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah menghubungi talian berikut:
PEPERIKSAANTALIAN
UPSR03 - 8884 3382
PMR03 - 8884 3394
SPM03 - 8884 3330
STAM03 - 8884 3340
Peperiksaan Luar Negeri03 - 8884 3346




aisyahmdtahir