Monday, August 6, 2012

Tangisan sebak Seorang Jagoan...

Pantang Menyerah....Mungkin senang untuk mengungkap tetapi susah untuk dilaksanakan...




Source MLP Sports
Lin Dan menghampakan harapan jutaan rakyat Malaysia apabila menumpaskan Lee Chong Wei dalam final di Sukan Olimpik London.

Kejayaan pemain China itu sekaligus menguburkan peluang terbaik negara untuk meraih pingat emas pertama Olimpik setelah Chong Wei beraksi penuh semangat waja namun tewas 21-15, 10-21, 19-21.

Titisan air mata Chong Wei pastinya dirasai seluruh rakyat Malaysia namun apa yang pasti, tiada siapa akan menyalahkan pemain nombor dua dunia itu setelah dia mengatasi pelbagai dugaan untuk mara ke final di Wembley Arena itu.

Ramai pihak menganggap pertarungan tersebut sebagai yang paling sengit antara kedua-dua jagoan tersebut dan secara peribadinya, tidak seorang pun di antara mereka layak menerima sekadar pingat perak.



Secara peribadi cikgu sebagai seorang rakyat Malaysia sangat berbangga dengan pencapaian Lee Chong Wei...Jalanan berliku beliau dapat pelajar renungi dan menjadi satu inspirasi bagi semua pelajar. Semua orang pasti akan melalui cabaran2 dalam bentuk yang tersendiri...Jika di tempat pelajar, anda sebagai seorang pelajar perlu pantang menyerah untuk berjaya dalam bidang yang kamu ceburi...Pada masa sekarang para pelajar perlu belajar sebaik mungkin/ sekuat mungkin sehingga mencapai kemenangan seperti Lee Chong wei ini.

Sekian wasalam.



aisyahmdtahir.

No comments:

Post a Comment