Sunday, July 8, 2012

Fakta Sains Tentang Puasa


Fakta Menarik Tentang Puasa Dari Perspekti Sains

19SEP
  • Para penyelidik dalam bidang perubatan telah membuktikan bahawa puasa mampu membuang toksik dalam badan sekaligus meningkatkan sistem imunisasi badan untuk melawan penyakit.
  • Ahli biologi pula menyatakan otak manusia tidak berfungsi dengan baik ketika perut & usu melakukan proses pencernaan. Ini disebabkan tenaga dan pengaliran darah ditumpukan kepada kerja-kerja penghadaman makanan.
TERLALU KENYANG = OTAK LEMAH UNTUK BERFIKIR = RASA MALAS & MENGANTUK
  • WHO pula mengenalpasti pelbagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini. Penyakit masa kini paling kerap berlaku disebabkan oleh Sindrom Metabolik yang membawa masalah
    • Glukos dalam darah yang tinggi
    • Tekanan darah yang tinggi
    • Lipid darah yang tinggi
    • Obesiti
  • Satu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan & Ramadhan telah diadakan di Casablanca, Morocco (1996) yang dihadiri pakar-pakar perubatan telah membentangkan lebih kurang 50 kajian. Kesemua kajian mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan yang dibuat oleh kongres tersebut ialah EMPAT fadilat puasa dari sudut kesihatan adalah :
    • Menurunkan kadar glukos dalam darah
    • Menurunkan tekanan darah
    • Menurunkan lipid dalam darah
    • Menurunkan berat badan
  • Al-Harits, seorang doktor Arab : “Yang banyak membunuh manusia adalah kerana manusia suka memasukkan makanan pada perut sebelum makanan dalam perut dicerna”
  • Dr Alexis Carel, pemenang anugerah Nobel dalam bidang kedoktoran : “Puasa dapat membersihkan pernafasan”
  • Dr Mac Fadon, Amerika : “Puasa adalah tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang melibatka perut”
  • Dr Alan Cott, pakar perubatan Amerika Syarikat : “Penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor yang lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.” 
aisyahmdtahir

No comments:

Post a Comment